Friday, April 22, 2011

kisah cinta ku...

pada 6 hb 6 2009,
aku mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang cantik dimata ku,
sejuk pandanganku,
namanya atikah,
aku mula berkenalan dengan nya,
cuba rapat dengan nya,
dalam masa seminggu aku sudah dapat mengenalinya dengan lebih rapat,

pada 16 hb 6 2009,
pada malam itu,
selepas majlis hari jadi kawan ku khalid,
aku dengan perasaan yang gementar melamarnya,
dia merasa ragu pada mulanya,
tetapi dengan perasaan berdebar,
dia terima lamaran ku untuk menjadi teman wanita ku,
aku amat bergembira,
dan aku cium tangannya,
pertama kali aku mencium tangan wanita dalam hidupku,
aku merasa amat bahagia.

pada setiap 16 hb bulan seterusnya,
dia akan memberikan aku glob kaca yang mempunyai patung didalamnya,
tetapi aku tidak memberikan apa-apa kepada nya,
just dengan ucapan terima kasih dan belanja makan.

hari demi hari kami bersama melayari bahtera cinta,
tetapi sampai satu masa kami bergaduh buat pertama kali,
4 bulan kemudian,
atikah telah minta putus dariku,
aku menjadi buntu,
aku cuba untuk memujuk dengan apa cara sekali pon,
akhirnya atikah kembali menerima aku,
kami bergaduh kerana ada seorang perempuan yang ada hubungan dengan ku sebelum ini kembali menelefon aku, namaya suzie.
tetapi hati aku tetap tidak goyah dan aku mengatakan pada suzie bahawa aku telah ada atikah,
aku amat sayang pada atikah,
dengan nada sedih suzie meredhakan hubungan kami,
aku lega,
tetapi suzie kembali menganggu ku,
dia mengatakan dia masih sayang padaku,
tetapi aku mengatakan aku teramat sayang pada atikah,
tidak sanggup meninggalkannya,
selepas itu berbulan suzie tidak mengganggu ku.

selepas hubungan kami berusia setahun 2 bulan,
aku sekali lagi bergaduh dengan atikah kerana aku memunyai adik angkat,
pada malam itu,
kami bertengkar dan atikah meminta putus sekali lagi dari ku,
aku menjadi buntu,
aku tidak dapat berfikir dengan tenang 2 3 hari selepas itu,
nasib baik ada kawan baik aku bernama isa yang memberi nasihat kepada ku,
dia mengajak kami berjumpa dan membincangkan masalah kami,
akhirnya dia mengetahui punca kerana aku sering melayan adik angkat ku,
isa meminta aku mematahkan simkad supaya aku tidak lagi contact adik angkat ku,
di depan atikah aku mematahkannya,
selepas 3 hari, atikah datang berjumpa aku dan menerima aku kembali,
aku merasa seperti hidup kembali.

aku dengan atikah meneruskan hubungan sehingga ke uitm kedah ini,
pada semester pertama,
aku dan atikah sering bersama kerana kami sekelas,
dia melayan aku dengan baik,
aku pon melayan nya dengan baik,
tetapi,
pada semester kedua,
kami mula bergaduh kerana komen di dalam facebook,
sepanjang 1 bulan kami bergaduh sehinggalah pada 24 hb 2 2011,
aku merasa amat tertekan diatas sebab masalah ku,
aku bertanyakan atikah bagaimana hubungan kami,
dia memberi respond bahawa dia sudah tawar hati dengan ku,
dan dia ingin aku lepaskan dia,
secara tidak berfikir panjang,
aku telah melepaskan dia pada malam itu,

aku tidak menghubunginya selepas itu,
tetapi selepas sebulan kejadian itu,
aku kembali menghubungi atikah,
cuba untuk memujuk dia kembali,
tetapi dia telah memberi respond bahawa dia telah berpunya,
pada malam itu, 
hati aku terus ranap, hancur, dan aku terkedu,
aku cuba memujuknya berulang kali,
tetapi jawapanya tetap sama,
dia sudah menyayangi lelaki uti dengan sepenuh hati,
aku sedih,
aku buntu,
aku tidak boleh terima kata-katanya,

selepas seminggu kejadian itu,
aku mula membuat perangai dimana,
aku mula ponteng kelas,
tidak membuat assignment,
aku cuba mengelak dari berkawan,
dan aku sering tido,

tetapi,
pada satu malam,
keluarga aku di rumah ini,
telah menyedarkan aku,
supaya perlu terus maju kehadapan dan cuba atasi masalah,
aku berterima kasih pada keluargaku ini,
aku kembali ceria dan berkawan dengan kawan-kawanku,
tetapi didalam hati ku sampai kini,
aku pedih kerana aku tidak dapat merasa bahagia dengan atikah sampai penghujung nyawaku,

atikah...
perempuan yang paling sempuna bagi hidupku...
dia telah banyak mengubahku kearah lebih baik...
dia mengajarku tentang hidup bahagia...
dia mengajarku menjadi seorang yang sabar...
dia yang membuat aku kearah orang yang baik...
dia banyak menegurku...

dia seorang yang amat sabar dalam hubungan...
dia insan yang sabar dengan perangaiku...
dia insan yang yang amat mementingkan kesetiaan...
dialah insan yang banyak menjagaku ketika aku sakit...
dialah insan yang sanggup berkorban tenaga dan duit untuk ku...
dialah insan yang membuka minda ku...
dialah insan yang memenuhi dunia imaginasiku...
dialah insan yang terbaik buatku...

aku amat menyayangi nya sehingga aku mati...
aku tidak sanggup berpisah dengannya...
dia amat sempurna bagiku...

tiap-tiap hari aku berdoa agar dia kembali kepada ku...
tetapi semua tuhan dah tentukan...
klu dia betul-betul jodohku...
aku akan terus berdoa agar kami kekal sehingga akhir hayat kami...
aku berharap sangat tuhan dapat memakbulkan doaku agar atikah bersama ku semula...
ya Allah...
aku mohon padamu...
engkau makbulkanlah doaku...

atikah...
aku amat sayang padamu...
kembalilah kepada ku...
aku sanggup menerimamu kembali...
kerana aku percaya...
engkaulah wanita terbaik bagi diri ku...
engkaulah wanita yang menyempurnakan hidupku...
kembalilah kepada ku...
aku amat menyintaimu...
buat selamanya....

No comments:

Post a Comment