Friday, April 22, 2011

pengganti...

bear,
mainan yang memang sinonim kepada perempuan,
selalu di jadikan mainan di tempat tidur,
selalu dibelai,
tetapi jikalau lelaki mempunyai bear,
mungkin orang akan merasa pelik.

kisah ku dan bear ku...

aku mempunyai seekor bear,
dia tidaklah sebesar mana,
tetapi aku amat menyayanginya,
kerana ianya diberikan oleh orang yang aku sayang,
dia juga menjadi teman ku di kala malam,
menjadi tempat luahan perasaan ku,
menjadi tempat aku bermain di kala aku bosan,
aku amat sayang padanya.

nama mucuk,
nama itu sempena nama manja ku dengan atikah,
nama manja ku muk dan atikah bucuk,
selepas digabungkan menjadi mucuk,
mucuk merupakan pengganti diri atikah kepada ku,
tempat aku bermanja.

mucuk selalu menemanku di kamar ku,
semasa aku sedang sakit tenat kerana penyakit asma ku,
mucuklah yang selalu dengan ku,
aku akan memeluknya jika aku susah hati,
di kala aku terlalu memikirkan atikah,
ianya menjadi tempat aku meluahkan perasaan,
perasaan dimana aku amat menyintai atikah dan sayang padanya,

mucuk lah yang penjadi penenang pada jiwa ku dikala tiada siapa untuk aku meluahkan perasaan,
aku amat sayang pada mucuk,
sebagaimana aku sayang pada orang yang memberikan mucuk kepada ku,


terima kasih mucuk kerana menjadi pengganti kepada atikah...
love u so much...

2 comments: